10.30 p.m, Khamis.
Jam dindingku sudah menunjukkan pukul 10.30 malam, namun begitu aku masih belum tidur kerana membuat beberapa kerja rumah yang perlu disiapkan malam ini juga. Aku melihat gambar ibu dan ayah ku yang kini berada diluar negara kerana urusan perniagaan , aku pula masih di Malaysia menetap bersama
pak cik ku yang masih bujang. Katanya, malam ini dia akan bermalam di Taman Sejati, sebagai guru bertugas untuk perkhemahan disekolahnya. Nampaknya , hanya aku sahajalah berada di rumah malam ini.
12.30 a.m, Jumaat,
Tiba-tiba lampu terpadam, aku panik sebentar sebelum menyedari yang rupa-rupanya bekalan elektrikku terputus. Dalam kegelapan yang gelita aku meramas laci mejaku untuk mencari lampu suluh yang memang sengaja aku sediakan apabila berlakunya kecemasan. Langkah ku atur ke katilku dengan harapan aku dapat melelapkan mata.
01.30 a.m, Jumaat,
Dengan hanya berbekalkan lampu jalan yang kesamaran menembusi ruang bilikku aku cuba untuk memejamkan mata, tetapi usahaku bagaikan kaca jatuh ke batu, semuanya sia-sia dan tiada harapan. Suasana gelap dan panas amat tidak menyenangkanku, aku pun membuka daun pintu jendelaku supaya angin dapt menembusi ruang kamarku.
02.00 a.m, Jumaat,
Saat aku mengelamun, aku terdengar bunyi ketukan dari bumbung atapku, aku kurang mengendahkan bunyi itu dengan sangkaan itu hanyalah bunyi kucing kepunyaan pak cik ku yang sedang mengejar tikus. Namun semakin aku membiarkan bunyi ketukan itu semakin kuat pula bunyinya, beberapa minit yang lalu ketukan, kini sudah menjadi hentakan. Akibat tidak senang akan bunyi aneh yang membingitkan telinga tu aku menghampiri jendelaku yang terbuka luas, mana tahu aku dapat mengetahui apa sebenarnya yang berlaku di atas bumbungku. Tiba-tiba, aku melihat sesuatu jatuh dari atas bumbungku betul-betul di hadapanku, aku kaku seketika, dengan tidak semena-mena bulu romaku tegak berdiri kerana apa yang dihadapan ku merupakan suatu lembaga yang berbungkus kain putih!
Lembaga itu membelakangiku, aku cuba untuk menjauhi dengan melangkah membelakangi, namun malang memang tidak berbau, lembaga itu berpaling memerhatiku. Dalam cahaya dari lampu jalan, aku dapat melihat wajah lembaga itu dengan jelas, mukanya pucat lesu, bibirnya hitam, matanya pula membulat memerhatiku.
" Eghrmmmm, eghrmmm" lembaga itu berdehem sambil matanya memandang tajam ke arahku manakala badannya yag berbungkus itu di gerak-gerakkan. Waktu itu, hanya tuhan sahajalah tahu betapa gementarnya tubuhku, aku tidak dapat dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa, badanku tidak berfungsi, peluhku sentiasa mengalir disamping jantungku berdegup kencang. Sungguh inilah kali pertama aku menghadapi situasi sebegini.
Lembaga itu melompat dari luar jendela kedalam bilikku, dengan setiap lompatan jarakku dengannya semakin mendekat. Aku berusaha membaca ayat-ayat Al-Quran yang terlintas, meskipun dalam keadaan tunggang langgang aku mengulanginya berkali-kali. " Erghmmm, erghmmmm," ya Allah, busuknya bau lembaga itu, wajah semakin mendekatiku, aku dapat merasakan penafasanku semakin berkurang, pandanganku semakin kabur apabila semuanya sudah bertukar menjadi kelam.
Aku terbangun hanya apabila azan sudahpun berkumandang, aku sedikit terkejut kerana aku terbangun di atas meja belajarku, aku memerhati sekeliling, kulihat katilku belum disentuh dan masih dalam keadaan tegang, jendela bilikku pula tertutup rapat. Aku mengurut-urut kepalaku, entahlah, semuanya bagaikan benar-benar berlaku. Lantas aku mengambil wudhuk dan solat kepada-Nya, memohon apakah petunjuk disebalik mimpiku itu,
* Adaptasi dari keadaan aneh melanda asramaku. (6,9)
Love This Sites!
Pilihlah mana satu best.
syok
(42)
me
(26)
layan
(23)
contest
(21)
cerita
(18)
cute
(15)
bukan aku
(13)
blog
(12)
sharing do caring
(12)
ilmu
(10)
review
(9)
dunia
(8)
pelik
(8)
islamic
(6)
tag
(6)
teladan
(6)
entah
(5)
komuniti
(5)
puisi
(5)
snapshot
(5)
books
(4)
gadis_stuff
(4)
movie
(4)
nuffnang
(4)
paint.net
(4)
philippinos
(4)
project alpha
(4)
terjah
(4)
baca
(3)
blog technology
(3)
followers
(3)
lukis
(3)
parenting
(3)
sedih
(3)
abphb
(2)
english
(2)
free
(2)
gadget
(2)
kami blogger
(2)
koreanfreak
(2)
magic
(2)
paranormal
(2)
rancak.org
(2)
shopaholic
(2)
shopping
(2)
teenager
(2)
tips
(2)
to do
(2)
Huda
(1)
Jimmy Choo
(1)
Katy Perry
(1)
Shine
(1)
accessories
(1)
allykatzz
(1)
birthday
(1)
bola
(1)
brand
(1)
chris brown
(1)
credits
(1)
earth hour
(1)
earthhour
(1)
episodes
(1)
facebook
(1)
games
(1)
ghost adventure
(1)
ghost hunter
(1)
ghost town
(1)
girl
(1)
gucci
(1)
hati
(1)
log in
(1)
lyrics
(1)
millionare
(1)
mtv
(1)
murah
(1)
page rank
(1)
petpetpark.com
(1)
plugin
(1)
sajak
(1)
saying
(1)
scrapbooking
(1)
sean kingston
(1)
server maintance
(1)
spm
(1)
sweet 16
(1)
tazkirah
(1)
teen crib
(1)
trend
(1)
tweet
(1)
twitter
(1)
video
(1)
youthsays
(1)
0 comments:
Post a Comment