Pilihlah mana satu best.

syok (42) me (26) layan (23) contest (21) cerita (18) cute (15) bukan aku (13) blog (12) sharing do caring (12) ilmu (10) review (9) dunia (8) pelik (8) islamic (6) tag (6) teladan (6) entah (5) komuniti (5) puisi (5) snapshot (5) books (4) gadis_stuff (4) movie (4) nuffnang (4) paint.net (4) philippinos (4) project alpha (4) terjah (4) baca (3) blog technology (3) followers (3) lukis (3) parenting (3) sedih (3) abphb (2) english (2) free (2) gadget (2) kami blogger (2) koreanfreak (2) magic (2) paranormal (2) rancak.org (2) shopaholic (2) shopping (2) teenager (2) tips (2) to do (2) Huda (1) Jimmy Choo (1) Katy Perry (1) Shine (1) accessories (1) allykatzz (1) birthday (1) bola (1) brand (1) chris brown (1) credits (1) earth hour (1) earthhour (1) episodes (1) facebook (1) games (1) ghost adventure (1) ghost hunter (1) ghost town (1) girl (1) gucci (1) hati (1) log in (1) lyrics (1) millionare (1) mtv (1) murah (1) page rank (1) petpetpark.com (1) plugin (1) sajak (1) saying (1) scrapbooking (1) sean kingston (1) server maintance (1) spm (1) sweet 16 (1) tazkirah (1) teen crib (1) trend (1) tweet (1) twitter (1) video (1) youthsays (1)

A LittLe To KnoW

Followers

Tuesday, February 2, 2010

Perbezaan Dari Orang Lain.

Salam sumer pembaca.

Kebelakangan ini, saya asyik terfikir apa nak tulis dalam blog saya? Iyalah ada blog tapi tak guna apa nak buat kan? Buat blog tapi takda orang baca lagilah sadis. Ada ke orang dekat dunia ni yang menulis dalam blog bukan untuk bacaan orang lain? Mungkin juga, tak mustahil tapi pelik.

Baru sahaja sebentar tadi saya tengok discovery channel tentang Yao Defen, antara perempuan tertinggi di dunia, iaitu 2m36cm jatuh dan terhentak di kepala, kehilangan banyak darah dan dikejarkan di hospital. Kejadian ni berlaku dalam awal bulan APril tahun lepas. Ketumbuhan pada pituitary gland menyebabkan dia membesar lebih cepat berbanding orang lain. Keadaan itu membahayakan diri dia. Doktor nak buat pembedahan tapi bila keputusan x-ray keluar, specialist khuatir jika pembedahan dilakukan akan memudaratkan lagi, malahan dalam kepala Yao Defen, ada klip besi yang boleh mengundang mudarat jika dibuat MRI. Sebelum ini Yao Defen hidup dalam keadaan terasing, malu akan ketinggian dia dan jarang keluar rumah. Ibu dan ayah dia bekerja di ladang untuk menampung anak mereka, kerana Yao Defen akan makan 2 kali lebih banyak dari makanan manusia seharian.

Lain pula ceritanya dengan antara lelaki tertinggi di dunia, Zhang Juncai, 2m42cm tidak merasakan yang hidupnya dia mebosankan.

"Hidup hanya sekali, kita harus menikmatinya," Begitulah kata Zhang Juncai apabila ditemu ramah, dia malah sudah berkahwin dengan seorang wanita yang lebih rendah daripada dia ataupun memiliki ketinggian yang normal. Sikap positif Zhang Juncai menjadikannya terkenal, dan kini hidup sebagai selebriti dan bahagia bersama isterinya. Pada Julai 17, 2009 melawat Yao Defen untuk memberikannya kata-kata semangat. Senyuman yang terukir di bibir Yao Defen menyebabkan Zhang Yuncai berasa senang. Namun, pertemuan dua gergasi itu tidak lama atas sebab tahap kesihatan Yao Defen yang rendah den memerlukan rehat.

Dua insan yang berkongsi cerita yang sama, tapi kehidupan yang berbeza, sikap positif yang ada dalam diri Zhang Juncai menyebabkan dia cekal meneruskan hidup walau dirinya di anggap pelik dan mampu berjaya disamping masyarakat yang normal. Bagaimana dia mencari kecekalan itu?

Kepelikan yang terdapat dalam diri seseorang menyebabkan dia tahu apa makna kehidupan, sedangkan orang yang kurang upaya dapat mencipta sejarah semalam, apatah lagi kita yang normal ini?

Pertanyaan nya, di manakah kecekalan yang mampu buat kita berjuang dan berjaya seperti orang yang berjaya sebelum ini? Di manakah kita harus melangkah dan meneruskan supaya kita akan merasa lebih senang dengan diri kita?

Wallahualam.

1 comments:

Nilzaf Melati said...

saya pun tertanya-tanya adakah orang membaca blog saya? tapi tulisan you sanga menarik oke, tak jemu pon.
;')

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment