Kisah ini saya ceritakan untuk dijadikan tauladan dan sungguh bukan suatu gurauan, apa yang akan diukir merupakan satu pengalaman yang membawa perubahan pada jiwa insan ini. Kebenaran yang dirasai oleh pancaindera saya sendiri, terlalu sukar untuk dibuktikan, namun benar atau tidak, saya serahkan pada Tuhan, segala apa yang berlaku biarlah kita cari mana baiknya buang mana buruknya.
~ Mata ini seakan-akan ditindih benda berat, sungguh aku jarang berperasaan begini, aku cuba untuk merehat-rehatkan badan, mencari posisi sesuai mengikut lengkukkan badan. Aku seakan akur atas kepenatanku, aku biarkan angin pelahan yang menghembus melalui tepi2 tingkapku mendodoi sayang kelenaan ku. Akhirnya aku rebah tertidur terkulai jua, aku masih ingat saat itu aku baru sahaja menyusun sejadah ibadah maghribku.
Aku seakan dikejutkan, mataku terbuka luas, namun jari jemariku masih berada di posisinya, secara zahirnya aku tidak dapat berganjak, aku tidak dapat bergerak, semua anggotaku kaku, di atas pembaringanku. Aku dapat merasakan degupan jantungku yang semakin melaju seiring deruan nafasku. Ya Allah, apalah cubaanMu ini ke atas hamba hinaMu, aku seakan-akan mencuba untuk meronta, meraung memanggil nama ayah dan ibuku, namun apa yang aku mampu buat hanyalah mataku yang bisa menjalar memerhati sekeliling. Bagaikan ingin terserombol keluar meminta pertolongan, namun mata bisa melihat bukan untuk bercakap melainkan itu kuasa Tuhan.
Dalam keadaan yang kaku aku turut diuji apabila mata yang berada diwajahku, ya anggota badanku terlihat sekujur tubuh kecil berupa seorang kanak2 berumur dua tahun berada dihadapanku, namun dia membelakangiku. Mataku yang melihat aku pejam dan celikkan berulang kali, namun hakikatnya benda itu wujud! dan mulai bergerak, bergetar tersendiri. Terasa deruan dan nafasku semakin melaju, kesesakan mulai terasa, ku kumat kamitkan surah 3 Kul dalam hatiku, aku berdoa banyak-banyak. Jika ditanya apakah lembaga itu, sumpah demi Allah aku tidak tahu.
Saat itu pelbagai bayangan menghampiri benakku, seakan melemahkan diriku, namun aku masih mampu untuk berjuang,kerna aku mengingati satu, ya satu itu adalah Allah SWT. Tidak putus-putus doaku pada Nya, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang berlaku pada diriku. Tiba-tiba aku teringat pesan orang tua ku, sekiranya terjadi apa yang sedemikian, gerakkan ibu jari tangan dan kakimu kerana itu adalah pintu gangguan syaitan, dari sana ia datang dan dari sana juga ia keluar. Aku berusaha menggerakkannya sehinggakan aku penat dan tertidur semula..
Aku terbangun untuk kali keduanya dalam keadaan yang terkejut, seakan aku ingin berteriak namun suaraku tiada kedengaran. Peristiwa ini aku alami bukan sekali namun semakin kerap setiap kali aku tertidur atau tidur secara biasanya. Hinggalah suatu hari, dengan izin Allah aku berpeluang mempelajari mendindingkan diri dari gangguan makhluk halus.
Peristiwa tujuh hari tujuh malam di bekas asramaku, tidak dapat aku lupakan, disitulah keyakinanku terhadap Allah semakin menebal dan aku percaya, makhluk halus tak akan dapat menganggu cucu cicit Adam dan Hawa tanpa keizinanNya.
Inilah apa yang aku pelajari sepeninggalan ustazahku. Sebelum tidur, baca 3 Kul yakni Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas, juga ayat Kursi dan sapukan keseluruh badan. Disunatkan juga baca doa tidur dan selawat sampai kita terlena. Alhamdulillah, sehingga kini saya tidak lagi merasai perasaan di 'tindih'. Dan pengalaman ne saya kongsikan agar anda mendapat isinya.
Sekian dari Bilet.
Sms 01 sen : Aching! makasih baca sampai abis, wohoo formal gila ayat deh.
Panggilan 15 sen : Tenung-renungkan dan selamatlah korang amalkan. InsyaAllah. Nanti pasal kisah tujuh hari tujuh malam akan Bilet ceritakan kemudian ya. Aching!
13 comments:
awk xmasukkan cerita seram ni dalam contest GB??? ada dalam forum GB=)
i pun pernah kena tindih benda hitam waktu stay kat hostel uni .....sungguh menakutkan dan membuat saya trauma nak tidur ....sampai takut nak tutup lampu waktu tidur. anyway kena kuatkan iman:)
aku penah kena gak dulu
tapi aku diam jek....baca ayat kursi n surah lazim
then ok la
salam..
kite penah kena tindih..masa zaman2 sekolah dulu..sampai penah 1 ketika housemate kite nampak makhluk yang duk tindih tuh..sangat seram..alhamdulilah sekarang xde dah gangguan tuh semua..hehe
kalau stay kat hostel tak sah kan kalau tak de benda ni.sya pun penah kena jugak,bukan tindih la.kena cakar kat kaki bila nak tido.
huwaa~
taknak~~
billet`,semalam dan bukak entry nih tpi pastu kuar balik,,takut nak baca sebab dah tgh malam..haha
so pg nih baru baca,
orang kata kan..kalo tido kene tindih tu,sebab dia tido bawah penghalang kat dinding tuh,paham tak?
camane nak terangkan pon tatau..haha
penah juga
winter girl : samalah kita (tido tak tutup lampu) aching!
deus X machina : yup, penyelesaian always ayat AQ.
sya : uiyoo dasyat! drakula ke ape?
CIk zara : cik zara takut ker? aching!
cik hel : tak berapa faham lah. hehe
embun d tengah malam : woo, ingatkan saya sorang jer pernah. AChing!huhu
salam..
xd bnde yg bley berlaku tanpa izinNya.
tu yg slalu teddy ingatkan diri teddy ;D
ble kte pk cmtu,pe skali pon jd InsyAllah kte xkn jauh drNya malah mkn dekat dgn NYa..
Teddy. Bilet sokong!
~wuaooahh..menarik...!!
mmg lah kt hostel mmg kne...
ak rse cm xprnah kene tindih2 tu kt asrama semai...ntah aar ak xingt..
ak rse skali jer aku kna...hakhakhak
snang ckplah...kne tido mngiring...ak slalu tido mngiring...huhuhu...tips shj lah..
ok..sekian aslm..:):)
gilerk seram citer bilet nie...
tp, so far smpe skng xpenah kne kco..
n berdoa tuk mase2 akn dtg xkn kne gk..
tatotY kalo kne...
akn diingati n diamalkan ayt2 y bilet gtaw 2..
tengs bilet...
Post a Comment