Pilihlah mana satu best.

syok (42) me (26) layan (23) contest (21) cerita (18) cute (15) bukan aku (13) blog (12) sharing do caring (12) ilmu (10) review (9) dunia (8) pelik (8) islamic (6) tag (6) teladan (6) entah (5) komuniti (5) puisi (5) snapshot (5) books (4) gadis_stuff (4) movie (4) nuffnang (4) paint.net (4) philippinos (4) project alpha (4) terjah (4) baca (3) blog technology (3) followers (3) lukis (3) parenting (3) sedih (3) abphb (2) english (2) free (2) gadget (2) kami blogger (2) koreanfreak (2) magic (2) paranormal (2) rancak.org (2) shopaholic (2) shopping (2) teenager (2) tips (2) to do (2) Huda (1) Jimmy Choo (1) Katy Perry (1) Shine (1) accessories (1) allykatzz (1) birthday (1) bola (1) brand (1) chris brown (1) credits (1) earth hour (1) earthhour (1) episodes (1) facebook (1) games (1) ghost adventure (1) ghost hunter (1) ghost town (1) girl (1) gucci (1) hati (1) log in (1) lyrics (1) millionare (1) mtv (1) murah (1) page rank (1) petpetpark.com (1) plugin (1) sajak (1) saying (1) scrapbooking (1) sean kingston (1) server maintance (1) spm (1) sweet 16 (1) tazkirah (1) teen crib (1) trend (1) tweet (1) twitter (1) video (1) youthsays (1)

A LittLe To KnoW

Followers

Wednesday, March 3, 2010

Huda : Salam, awk nak coklat?

Salam.

Huh, penat sungguh menjawab kertas peperiksaan. Barangkali kerana otak terlalu banyak dah memikirkan apa jawapan yang hendak ditulis kat dalam kertas jawapan tuh, namun tangan yang dah bergetar ini aku tabahkan sahaja, peluhku ku lap pastinya dengan tisu muka pakai semula. Panas siot. Kelibat sopan Rostam masuk dari pintu kelas, aku diam, tidak ingin berkata apa-apa lagipun mungkin akan terjadi sedikit sumbang sekiranya tiba tiba aku keluarkan perkataan "Woi Rostam, apa kau buat?" secara teriakan namun tidak aku keluarkan, ku biarkan kerongkongku menahan suara yang hanya akan membawa malu itu sahaja. Maklumlah suasana peperiksaan semut teriak kena pijak pun boleh kata shhhh suruh diam. Tak patut tak patut.

Tapi entah bagaimana, Rostam sudah berada dihadapanku. Adakah dia dapat membaca fikiranku? Ah, pikiran tak senonoh betul aku ne, kebudak-budakan, tak fasal fasal aku memaki diri sendiri semuanya sebab kau Rostam. "Nah, ada manusia bagi kat kau, dia suruh ko balas hari ini juga sebelum masa sekolah habis" Sepucuk surat berwarna putih di atas mejaku. Apakah ini? Love letter? Billet~Doux? Oh semuanya akan terjawab bila sahaja aku membuka bingkisan misteri jam 10 pagi itu.


Salam,
 Apa khabar? Saya harap awak berada dalam keadaan yang baik. Macam mana paper exam? Ada sampai nak pecah kepala ke? (patut ker) Jangan begitu okey. Coklat tu sabar ya, nanti selepas cuti dua minggu ni saya bagi awak. Erm, apa nak panggil awak ni ya? Hehe, awak bleh panggil saya Ewon. Ni boleh tak saya minta nombor awak? Kalau takda jangan pula bagi nombor mak awak, naya saya nanti. Bleh kan?

p/s : Sentiasa senyum kerana hantu ada kat mana-mana (eh, patut ker ayat ne)

Ewon.

Aku kelu sebentar, aku kemudian menyimpan surat itu ke dalam sampulnya. Fikiran aku melayang, siapakah lelaki ini semenjak Rostam bertanya soalan pelik kepadaku dengan tetiba tempoh hari. " Huda, kau kenal tak Ewon?" aku hanya menggeleng kepala. " Gaara?" Huih lagilah aku tak kenal lantas kepalaku ku geleng kembali. "Aku tak kenal lah, siapa tu?". Rostam menggelengkan kepalanya, dan sambung kembali omongan nya yang terhenti. "Dia kata nak bagi kau coklat, kau nak ka?" Wow, coklat tuh, macam mana dia tahu aku suka makan coklat? Adakah dia meramal dari badanku yang memang semakin menaik di wajah timbangan ni? Cis, itu bukan ramalan itu prediction. Aih, ada beza ker tu? Simpang siot sebentar, sedih tengok timbangan angkanya semakin meningkat. 

Hari tu, tinggal dua paper lagi sebab hari Jumaat, tu yang kena habis awal sebab masa sekolah pun habis awal, dah nak buat macam mana. Selesai paper terakhir untukUjian Setara I, kaum lelaki lagak gentlemen kelas aku mula lah buka songkok buka samping, aku pun tak tahu kenapa, mungkin sudah menjadi tabiat dorang. Ada aku kisah? No no no. Aku ada perkara yang lebih penting nak dilaksanakan. 

"Pssst, Nazirah, sampaikan salamku pada Mohammad ya, salam rindu tau!" Nazirah mengangguk dan memberikanku senyuman, aku pun tak bisa tafsirkan apa ertinya. Yang aku tahu adalah Mohammad adalah seorang lelaki yang comel dan pemalu. Aku suka menyakatnya, begitu juga aku terpaut hati padanya.

"Hoi", "aduh mak kau" Aku tidak mengerti kenapa gajah seorang ini membingitkan telinga aku di hari Jumaat yang mulia ini.
 
SMS 01 sen :Nak tahu sapa yang 'Gajah' yang dimaksudkan Huda? 
Nak tahu sapa Ewon. Tunggu entri selepas ini.


6 comments:

kak ina kl said...

akak pun nak coklat satu..

Eqah Zaque Billetdoux said...

Huhu.. kakak ne lawak.. hehe..

uncle said...

uncle nak gakkkkkk

Eqah Zaque Billetdoux said...

uncle ne ada2 jer.. haha.. itu cerita lah..

rossa alina said...

xsabo nk tau sape gajah tu..hahahahahahahahaha....

Eqah Zaque Billetdoux said...

huhu. InsyaAllah kak, kalo ada masa. ehehe..

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment