Pilihlah mana satu best.

syok (42) me (26) layan (23) contest (21) cerita (18) cute (15) bukan aku (13) blog (12) sharing do caring (12) ilmu (10) review (9) dunia (8) pelik (8) islamic (6) tag (6) teladan (6) entah (5) komuniti (5) puisi (5) snapshot (5) books (4) gadis_stuff (4) movie (4) nuffnang (4) paint.net (4) philippinos (4) project alpha (4) terjah (4) baca (3) blog technology (3) followers (3) lukis (3) parenting (3) sedih (3) abphb (2) english (2) free (2) gadget (2) kami blogger (2) koreanfreak (2) magic (2) paranormal (2) rancak.org (2) shopaholic (2) shopping (2) teenager (2) tips (2) to do (2) Huda (1) Jimmy Choo (1) Katy Perry (1) Shine (1) accessories (1) allykatzz (1) birthday (1) bola (1) brand (1) chris brown (1) credits (1) earth hour (1) earthhour (1) episodes (1) facebook (1) games (1) ghost adventure (1) ghost hunter (1) ghost town (1) girl (1) gucci (1) hati (1) log in (1) lyrics (1) millionare (1) mtv (1) murah (1) page rank (1) petpetpark.com (1) plugin (1) sajak (1) saying (1) scrapbooking (1) sean kingston (1) server maintance (1) spm (1) sweet 16 (1) tazkirah (1) teen crib (1) trend (1) tweet (1) twitter (1) video (1) youthsays (1)

A LittLe To KnoW

Followers

Tuesday, April 27, 2010

My Super Sweet 16 | Menabung Untuk Hari Jadi ke 16

Salam,
Pembaziran amatlah dilarang dalam Islam, oleh itu jadilah pengguna yang bijak. Sila pastikan apa barang yang perlu dan yang tak perlu anda beli bila dah keluar rumah kecualilah memang niat untuk bershopping, main rambang mata jer amik. Kes ini tepi kan dan sila abaikan.

Sekali lagi isu, opss buka isu, just program kat MTV yang bilet selalu tengok, bersambung dengan cerita Teen Cribs so flow jer lah, start pukul 9.00 until 10.00 malam setiap isnin - jumaat, sesi menonton berantai di depan tv dalam keadaan yang gelap (lampu ruang tamu rosak lorrh, no deny).


Weewit. Tengok jer program ne memang sambut sakan noh dengah Sweet 16 neyh, selebriti pun ada juga termasuk, baru2 ne ada Chris Brown and Sean Kingston pun pernah ikut juga program ni. Weeh, memang orang putih ne berusaha mati matian kan kalau nakkan sesuatu. Sanggup buat apa sahaja dan tak mengenal berputus asa, sikap ne lah yang seharusnya ada dalam generasi sekarang. Ini tak, baru skit, dah nangis. E erm lah tuh.

Korang kalau nak shopping sakan bilet kctaulah baik pergi Philippine, sana banyak barang best brand berjenama punya, dan harga murah. Apa susah, sekarang Air Asia ada promosi serendah RM69.00 ke bawah untuk pegi Philippines, Sri Lanka, Hong Kong, Bangladesh dan bolehlah korang rujuk [SINI] kalau semenanjung rata2 RM29.00 lah one way pegi Philippines.


Kenapa bilet cakap pasal Sweet 16 neyh? Bilet suka tengok time part dorang shopping, kui2. Satu hari nanti... InsyaAllah kalau berduit kan? Hihi. Habislah My Boy kumpul duit kali ne. Hik2.

Sms 01 sen : Apa destinasi idaman korang? Perhaps?

Jadi Hari Ini Aku Bayar Hutang Part 2

Salam, demi sifat kerajinan dan ayat entri yang semakin skema. Ini sahaja jalan untuk melepas kebosanan dari tiada melahirkan entri berkualitas. Kenalilah bilet lebih mendalam, kerana bilet akan membuatkan dirimu lebih berharga. Hahaks. Kononlah. 

Surat Berantai From  Iema_z

*This is About My Boy*
1. How tall should he be?
-not a big deal

2. What hair colour should he have?
-black lah. original. kui2

3. What kind of personality should he have?
- penyayang of course, yang lain tuh terpulang.

4. Older or younger?
- mestilah lebih tua. kan3?

5. What film actor should he most be alike?
- Jorgito Vargas. Kui2. Kan dear?

Pelakon Power Rangers Ninja Force. Kui2. Ndak matang betul bilet ne.
Eh jap, soalan dia tanya selebriti mana yang ada muka dia iras2 gitu bha kan? Ke bilet salah?
Hentamlah kau bayau. huhu. Tapi memang wajah dia ada iras2 my boy. Cuma taklah sepet sangat mata dia camtuh. Hihi

6. What singer should he most be like?
- Hurm... aha! Good Charlotte, tapi itu band lah. huhu.

7. Do he need to cook?
- Mestilah, macam mana nak jaga anak bini nanti. Hihi.

8. What is his best body part?
- Woow, aching punya soklan. K.I.V boleh. Huhu.

9. What car should he drive?
- Asalkan jangan basikal udah. 

10. What one thing completely turns you on?
- Apa ne? Bilet tak faham lorh. Maklumlah bukan terer bi ne. (Trip lari dari soalan, kui)

11. Who was the guy on your mind when you were doing this survey?
- Of course my boy. :) Thanks for understanding me..


Video Tontonan Umum



Saja letak sini, sebab my boy memang suka main game World of Warcraft. :)


Number 2 also tag from the same person. :)


What is your full name?
Eqah Zaque Billetdoux. Thanks for asking. Boleh panggil bilet. seh. mula dah ayat skema. hik2

When is your birthday?
11 september 1992. Pernah nampak tak tarikh ne? Hah! Ingat balik,
ada history penting disebalik tarikh ne.

What is your daddy's name?
Zaqueria. Wah. Nama hebat. huhu.

What is your your mum's name?
Noreha. Bukan nama sebenar. Adalah sikit.

How many siblings do you have?
I'm alone. Huhu. Tunggal yerk. And anak manja. Seh. Hihi.

Where do you live?
The Land Below The Dungeon of Dragon, Muahahaks.Okey, nama singkatan bagi Sabah.

Your favourite colour(s).
Hurm. Pink, Blue, Orange, Yellow. Suma warna best.

Still studying?
Bakal2 study. Kui2. (baru sedar dah dewasa)

Do you have a bestfriend?
A lot! And I miss them.

Do you love them?
of course lah I love my BFF

Pop or jazz?
Rock Forever!

Chicken or beef?
Chicken.

Coke or 100plus?
100plus =)

What brand is your purse?
CAEL DEON Paris. Future Mom in Law yang bagi. hihi.

How much do you have in your wallet right now?
RM 50 ++ jer.

High heels or flat?
Flat lerr.. Huhu.

Skirts or jeans?
Hurm.. Slack?

Shirt or blouse?
Hurm.. Longsleeves (Okey, i'm not so in style)

Watch or bracelet?
Both of them. Love it. :)

Favourite watch's brand?
GUCCI! Kui2 and ALBA

Do you have girlfriend?
Ada, yang special takderlah. Kui2.

Do you have a boyfriend?
Yup. Ada juga.

Did you love her?
her tu sapa dong?

Did you ever kiss him?
waih? Lom kawen takleh sentuh2 joe. apatah lagi yang ini.

Facebook or Myspace?
FB of course.

What is your dream?
Library Besar Punyer! Hihi.

*TAMMAT*

Sms 01 sen : Weewit. Aus and Cik Hel, sorie ayat skema pervious entri. Mood ke arah sastera. Huhu. BTW, tahniah Aus ada umah baru. Orange gitu. Kui2. Next time, try pink wokey. Hihi.


Monday, April 26, 2010

Sibuknya 'mereka' mencari alasan.

Salam,



Kalau diikutkan memang julung-julung sekali mendapat buku yang tiada isi, tapi selalunya bila pergi di mana-mana pameran penjaga pameran akan datang dekat, menjalani temuduga secara spontan dan diberi bakul. Pulang rumah lihat dan jenguk isi kandungan, buku nota dan sebatang pen. Bukankah buku nota itu juga satu buku yang tiada isinya?
Sila jangan terkejut kambing atau katak tapi terkejutlah beruk sebab dirumah bilet ditimbuni buku nota. Nampaknya You're Not Alone. Sekadar simpan untuk cuci mata, beli baru sebab buku nota free tak berapa indah dihadapan mata. Seperti Kinsella dalam bukunya, watak Rebecca : Apabila mendapat baju yang "tak berapa glamour" saya sanggup gunting label dan buangnya ditepi jalan, dan teruskan berjalan tanpa mengakui itu milik saya.

Atau sebab high heels yang tercabut tumitnya, ditinggalkan dan hanya berlalu sambil buat muka tidak pernah mengenali 'tumit' yang tercabut itu. Kita mendapatkannya dan kita menyimpan ingatan tentangnya. Dalam erti kata lain :

Buku nota tidak dipakai kerana tidak mahu mengimbas kembali ruangan pameran yang membosankan.

Tumit tercabut yang ditinggalkan kerana ingin melupakan kesedihan terpaksa membeli kasut murah di kedai second hand.

Sibuknya 'mereka' Mencari Alasan. Akan mengeggarkan pawagam anda MEI ini. *Joking.

Pilihan dan Aku Yang Belajar Menjadi Dewasa.

Salam,



Adakalanya apa yang kita kehendaki apabila difikirkan balik kita tak dapat menanggungnya. Kita berusaha untuk jadi yang terbaik namun bukan yang terbaik itu yang kita banggakan. Di dalam hati kita kita hanya mahukan titik peluh kita dihargai. Barulah manusia tahu kewujudan kita dibumi ini.

Kita seringkali pandang benda indah dihadapan mata kita dan mencapainya, adakala terlalu mudah bagai melepas batu ditangga, kenapa mesti tangga agaknya? atau semakin susah bagaikan batuk tak habis akibat tersekat kahak. Dan adakalanya kita terlalu mudah berputus asa hinggakan memutuskan untuk berundur diri.

Pernahkah mereka yang membuat keputusan sendiri sedar bahawa mereka sebenarnya tiada penyokong? Namun masih meneruskan akibat pembuakan rasa. Hidup memang payah untuk membuat pilihan. Jangan sampai pilihan menelan dan membaham. Cukuplah dia senyum dan meninggalkan. Saat itu kita diberi masa untuk memilih lagi diantara pilihan yang ada.

Sunday, April 25, 2010

Best Watch of Paranormal Activity

Salam, sorie kalau entri ini agak basi sedikit. Tapi bagi memenuhi nafsu serakah yang membuak-buak akhirnya bilet menulis jua sedikit review tentang program di channel NTV7 ini. Agak kecewa tak dapat membaca Majalah Infinity untuk bulan April. Pergi di tempat selalu beli, habis stock sudah. Adeh, sedih sungguh..

Channel NTV7, 8.30p.m-9.30p.m, Sunday Night.

Zak, Nick and Aaron melakukan aktiviti menjejak hantu. Okey, ini memang best bagi mereka yang ingin merasai entiti, sebab gaya dorang bertiga ne terutamanya Zak (yang pegang torchlight dalam gambar) sengaja melaga-lagakan 'benda tuh', seh, meremang juga bulu tengok, tapi memang dah 'bidang' bilet meminati paranormal ini. Why perlu watch episode ni? Sebab episode dia memang akan bring suspense yang membuak-buak dihati penonton. Samalah juga macam Pemburu Hantu.


Teringat bilet kata-kata seorang warga Malaysia yang ditanyakan pendapat mengenai program baru ini masa starting mau 'masak'. "Bagi saya, 'benda tu' tak payah lah nak dibuktikan kewujudannya lagi sebab 'benda tu' memang dah wujud pun." Kalau difikirkan kenapa juga ada orang fanatik sangat dengan aktiviti paranormal ini. Hahaks, mungkin itulah yang dinamakan dengan curiosity. Perasaan ingin tahu, 'betul ker ada hantu?', 'betul ka hantu yang menggoyangkan benda2 tuh semua?'. Manusia memang tak akan terlepas dari perasaan ingin tahu, dan sering dicop 'bodoh' sekiranya bertentangan dengan fikiran masyarakat dan 'bijak' sekiranya sebaliknya.

Siaran yang ini pun best. Bilet rasa Pemburu Hantu tuh diabditasikan dari siaran orang putih ini. Macam biasalah, kamera infrared, EMF Detector, Portable Voice Recoder. (Teringat Alex masa jadi GhostBuster, kui2)


And last but not least, Seekers. Memang diminati ramai turun temurun dari nenek moyang. Hahaks. Sorry tiada gambar untuk siaran ini, tak jumpa, maybe next time, tapi jangan risau you can watch online di [SINI]

Kalau korang tertanya-tanya kenapa bilet minat sangat cerita hantu? Sebab bilet memang dibesarkan dengan cerita-cerita hantu serta terikat dengan kepercayaan nenek moyang. Kita belajar bagaimana benda itu wujud dan bagaimana dia dihalau. Trust me, Bilet tahu. Ceh, ada mistik begitu. Hahaks. 

Sms 01 sen : Korang suka tengok hantu sorang2 ker, ramai2? Kui2, bagi bilet mana2 jak. Tapi yang peliknya bilet ne kalau ramai2 suka pula bilet teriak2, kalau sorang2 diam2 jer. Mendalami kununnya. hihi.

Akhirnya "Pink" Itu Milikku

Salam,
Setelah sehari full dengan time table shopping tanpa dirancang, tepat pukul 11.00 pagi bilet kuar umah menuju City Mall dengan duit bajet RM150. Maklumlah OKU (orang jarang kuar umah) bajet mesti low sikit. Hahaks. Dengan beg sendang murah, baju longsleeve hitam (gaya memang hampeh tak mau criter panjang).

Akhirnya!! Sebagai pengguna bijak, RM50 untuk pegi POPULAR, RM50 untuk beli dvd and RM50 pergi Guardian. .Silalah contohi sekiranya ini idea bernas. Kui2. Setelah lama bilet menanti saat ini. Akhirnya 'Pink' itu milikku! Love it!

 Bilet beli yang sebelah kanan (sekiranya anda pandang dari depan skrin, kalau anda pandang dari belakang skrin tak tahu sebleah mana) Yay! Memang teringin sangat nak baca buku ni. Padahal buku yang berlambak kat rumah lom abis baca lagi. Ganti2 nanti bilet baca.

And masa jalan2 kat Popular tuh jumpa satu buku menghilangkan bosan. Huhu. tapi bilet tak beli sebab memang bajet untuk beli buku shopaholic tuh jak, burn RM35.90 untuk buku. 

Note that when you click this picture you'll directly 
to the link that enable to look its content. If not please press [THIS]
Melukis untuk hilangkan kebosanan. Begitu mudah menghargai masa di tempat kerja
sekiranya anda berhasrat nak bakar kebosanan anda itu. 
Harga dalam RM 20.00 ++. Tapi mungkin disemenanjung murah sikitlah.

And RM100 berjaya tak sampai dihabiskan. Alhamdulillah ada juga duit bikin simpan di tabung untuk buat library besar punyer. Okey stop kat sini. Malam ni tak dapat blog walk, perhaps tomorrow. :)

Sms 01 sen : Korang wat bajet tak bila pergi membeli belah? Ke main bolos jer dompet? Hik2.

Friday, April 23, 2010

Twitter | Over Capacity

Salam, lawa pula tahu bila siaran Twitter tergendala sebentar berikutan over capacity. Hahaks.
Okey, belum dapat masuk lagi mungkin server maintance. 
Tulah sapa yang suka post banyak2 TWEET tu OOOI?! < Terasa batang idung gue, hik2.


Jimmy Choo's Shoes Bling Up Hollywood

Salam, fuuh, check yahoo bahagian shine nampak Katy Perry punya shoes, fulamak glamor dan terbaik punyer. I want macam tuh 1. (hahaks, dasar tamak). High heels LED tu amat menarik perhatian hingga ramai selebriti lain yang terpaksa menahan air liur melihat bling2 all the way masa kat carpet merah tuh.

Apa yang membanggakan adalah pembuat dia ialah Dato' Jimmy Choo. Sepa tak kenal pereka fesyen nombor satu di Malaysia? Kagum mencurah-curah dah ne. Tapi haraplah dapat beli. Sekarang ne unemployed, habuk pun tarak, pandang sebelah mata jerlah kasut2 tuh. Hahaks.

Gambar ne diambil masa ASCAP Award. Kui2.





Sms 01 sen : Wee, kumpul duit kumpul duit. Banyak masyarakat sekarang yang pilih kerja bukan atas dasar minat kerana pekerjaan yang dorang minat teramat susah nak tanggung kos kehidupan. Minat dan keihklasan adalah benda yang berbeza. Minat takpo maknanya dia boleh pergi lebih jauh, ikhlas takpo, asalkan dia tak mengharapkan yang lebih2. Kan2 ?

Pilihlah yang Pasangan Sedang2 Sahaja Supaya Tak Dikebas Orang Lain

Salam semanis gula untuk orang sedang2 sahaja. :) First sekali, ini bukan tujuan menghina atau menggalakkan kontroversi. Ini adalah entri natural dari lembah bernyawa bilet. So sayangku, orang yang sedang2 sahaja, penghargaan buat mu.

Walaupun hodoh dipandang manis. Kan?

Berpandukan Watak Perempuan yang Bernama Bilet.
  • Versi Mengurat 
Hello abang sedang2 sahaja, apa khabar hari ini, wah, sedang2nya pakaian, asal dari mana? Boleh minta nombor telefon?

  • Versi Waktu Baris
Excuse me, encik sedang2 sahaj, silalah baris depan saya, err, nama saya bilet, nama abang (control macho bilet skit) siapa? Eh takpe2, saya tak marah abang depan saya. Sukee lagi. 

  • Versi Memancing Ikan Dengan Abg Hodoh
Abg3. Mesti kat sekolah rendah dulu U tak ramai peminatkan? (Abg Sedang2 Sahaja Mengangguk kepala)Takper lah kalau begitu, U milik I sorang jer. Hik2


Tiap kali manusia akan hanyut dalam kecantikan juga. Terbang dalam nikmat Allah hingga melupakan Nya. Tetapi mereka yang pernah merasai dihina dan dikeji lah ditambah dengan dipuji dan disayangi dapat mengenali apa yang sebenar yang dimaksudkan oleh Nya. Dia tahu betapa sakitnya hati kita dirobek dan dicemuh oleh golongannya sendiri, mereka tak minta diperlakukan sedemikian, tetapi biasanya mereka inilah yang lebih dekat dengan Allah berbanding mereka yang sempurna kecantikannya. 

Impian Jahat : Kalau dapat orang yang sedang2 sahaja ne bilet sanggup kawen asalkan ada duit buat jaga anak isteri. Pura-pura miskin supaya takda orang nak curi barang rumah, laki pun tak lari dengan orang lain, perempuan lain pun takkan kebas laki kite. So, kalau nak kawen, carilah pasangan yang rupa dia taklah semacho mana supaya dia tak lari ikut orang lain. Dah takda sape nak dia kecuali kita. Ambooi, panasnyer mulut berbicara.

Sanggup tak kawen dengan orang yang sedang2 sajer?

Thursday, April 22, 2010

Rinduku Belum Terbukti. Layakkah aku?

Assalamualaikum wbt.

Pernah tak kita merindui seseorang dan berasa terlalu rindu? Kita dengar tentang dia dari sahabat-sahabat kita, sedangkan kita tak pernah pun jumpa dia, ataupun berborak dengan dia. Apa yang kita tahu dia wujud, wujud dalam kehormatan dan keunggulan. Kita nak sangat berjumpa dengan dia tetapi kita tak dapat. Kita nak sangat buktikan cinta pada dia, tapi kita tak sempat. Kita nak sangat ucapkan kata rindu pada dia tapi kita tak larat. Kita nak setia dengan dia tetapi kita selalu buat sesuatu yang tidak disukainya. Kerana adakalanya kita mengenali dia, tapi belum tentu dia mengenali kita. Hati terluka dia tiada untuk membangunkan kita. Mereka yang selalu menangis kerana cinta tak semestinya cinta mereka ditolak, adakalanya diri mereka terikat dengan cinta hingga tak tahu mana pangkalnya dan mana jalan keluarnya andai saja hati disurung kerinduan.

Layakkah aku merinduimu ya Rasulullah?
 dan hikmahnya kepercayaan. InsyaAllah, tunjukkan aku jalan Mu..


Sekian untuk Jumaat ini, segala-galanya yang baik bermula di hari Jumaat.

I Dah Install IntenseDebate, Blehlah Kita Berbalas Pantun..

Salam comel dari bilet. Bilet dah install IntenseDebate anda bila lagi? ups ada nada promosi gitu. Sebenarnya bilet nak install CommentLuv jak tapi sebab CommentLuv ne redirect pegi IntenseDebate trus install sekali lah.



Secara amnya, bilet memang mengalami masalah masa first2 install, dan masalah orang lain tak dapat komen. Kalo kita guna IntenseDebate ne sama jak lah macam Disqus, dan sewaktu dengannya. Jadi mesti kena tunggu load sikit lah baru muncul itu IntenseDebate comment di page bilet. Pastikan tekan tajuk sebab dia akan muncul apabila page penuh untuk satu tajuk tuh jak.


    Hah! (apesal tetiba jer ne) Ini membolehkan bilet mengkiuti perkembangan orang lain yang turut komen entri2 bilet. Contohnya cam geni. Okey2. Memang complicated kalau nak komen kena isi emel, website url dan email korang kan? Maaf zahir batin dipinta daripada bilet awal2 sebab susah2 korang nak komen (jangan tak komen yerk) Tapi yang bestnya dengan komenluv bilet bleh tahu apa recent post korang jadi senanglah bilet skodeng. Hahaks. Lagipun boleh bagi build lebih banyak backlinks. Semakin banyak backlinks semakin cepat boost lah dalam SEO kan? Dia memang lambat sikit load tapi kalau korang komen hasilnya lumayan wokeyh.

    Penting untuk tunggu page tu load 
    (tekan tajuk supaya completely load untuk page tajuk tu jak) supaya IntenseDebate ne dapat load juga. Baru dapat komen wokeyh..




    Jadi next time kamu komen kamu hanya perlu isi Site URL, Nama dan Email korang, Login pakae WP, FB, Tweet tuh suma options lah. (sila rujuk gambar rajah ). Menyusahkan ker? Sorry...

    Sms 01 sen : Masih di ambang percubaan, testing lu, kalau tak berapa okey nanti bilet uninstall.
    Panggilan 15 sen : Boleh lah kita berbalas pantun nanti kan? Hik2.

    Pesanan dari penaja : Sesiapa yang ada kemuskilan boleh 
    contact bilet terus atau tinggal pesanan di shoutbox.

    Terima kasih atas kesabaran anda. :)

    Hooperz | Pemangkin Generesi Pencinta Bola Jaring

    Salam, kalau diikutkan, bola jaring bukanlah sukan pilihan pertama bilet, although I know the rules. But no deny to say that this game is among my fav games. Since masa budak2 dulu tak berapa suka main aktibiti yang cergas2 ne, tapi pas UPSR ada game ne. Enjoylah juga. Memang sempoi jer. Tapi ya, memang semangat bermain sukan ini kebelakangannya semakin merosot. Apa tak nya remaja sampai ibu bapa sekarang ni sibuk buat Ladang Ville. Hahaks. Ops ada terasa ker?


    Ne lai yang bilet nak story. Hooperz, tujuh gadis molek membintangi filem yang bakal meletop di cinema berhampiran anda. (Yer ker). Mengikut sumber BH, pelakon2 ne berlatih main selama 2 bulan. Hahaks, bukan senang joe main ne. Mesti ada pengalaman juga. Apapun. Congratz sebab hasilnya sudah di depan mata. Best atau tidak korang nilailah sendiri bila pergi tengok nanti. Bilet tunggu dvd dia jak ne. Hahaks. (Leh tonton berkali-kali kan?)

    Jadi pas ne jangan lupa jenguk cinema berhampiran. 
    Weekend ada event tak? Leh bilet tumpang sekaki. Hahaks.

    Wednesday, April 21, 2010

    Shrek Forever After | Final Chapter

    Salam, setelah Shrek berjaya dalam 3 Movies sebelumnya, sekarang Dreamwork akan releasekan lagi Final Chapter untuk Shrek ni, IN 3D!. Sebenarnya bilet tak juga berapa fanatik tengok, tetapi dorongan ketidakmatangan dan curiosity yang mendorong bilet untuk tengok.



    Okey tadi tengok trailer dia di Yahoo Movies, Shrek ni sign perjanjian dengan sorang lelaki kerdil (macam watak baru kot, tak pastilah), then pastu keadaan suddenly change dimana dia tidak dikenali oleh rakan2 dia sendiri (memang buruk lah keadaan rakan2 dia) Isteri dia pun tak kenal siapa dia dan lelaki kerdil tuh udah jadi King Far Far Away. Jangan risau, voice casting tetap tidak berubah, cuma watak dia ada perubahan mendadak dek pemerintah baru.

    Terhantak kepala bilet ketawa tengok Puss In Boots yang mendadak jadi gemuk. Hahaks. Memang first tengok, eh Shrek buat watak baru dan jalan cerita baru ker? Tapi sebenarnya tidak, cerita yang sama jalan yang berlainan (betul kah tuh?).

    Memang suka percakapan orang yang berkulit hitam, unik ne bilet rasa, jadi kalau part Donkey bercakap, memang tak henti ketawa, kekadang mau tersembur milo. Hihiks.

    Sms 01 sen : pecah rahsia bilet suka tengok kartun (eh masih rahsia kah lagi. hua3)
    Panggilan 15 sen : Kalau nak tengok di  Yahoo Movies(Trailers Only), pastikan pakai HD wokey. :)

    SeoQuake | Cara Mudah Check Page Rank Anda.

    Salam, okey ini bagi pengguna Mozilla Firefox, Plugin SeoQuake yang boleh anda install untuk check website punya Page Rank, dari Google, Yahoo, Alexa semua ada. Mudah tak begitu? Bilet pun baru cuba dan hasil best, cepat dan mudah. Kita boleh on/off bila2 masa jer ikut suka U. Berikut adalah beberapa feature yang patut korang tengok. (Klik untuk tumbesaran lebih besar wokeyh)






    (Click 2 kali pada icon untuk kuar preference), 
    adjust mana satu PR atau index yang mau displaykan.



    Blehlah Install Plugin kat [sini], Nak tengok software best yang lain
    boleh check Bookmark Mudah Alih dan Pendrive Free

    Tuesday, April 20, 2010

    Why Parents Tell Bedtime Stories to Their Kids?

    Salam, masa kecil2 dulu sebelum tidur bilet selalu paksa baba bilet kasi cerita, tak kisah lah cerita apa (hasil pengaruh dari terlalu banyak tengok crita orang puteh). Nasib bilet anak tunggal, hehe, pastu baba kasi cerita lah beberapa kisah seperti Ahmad Albab, Pancha Delima dan Ali Baba Bujang Lapok(masa tuh belum tahu lagi ada main kat tb). Then, satu hari lepas baba ceritakan tuh, ada Ahmad Albab main kat tb, masa itu jin nyanyi ding ngeding ding ding dengan penuh excitednya, terloncat-loncat bilet sana sini bagitau kazen2 kesayangan (trip minta puji, dah taulah kunun crita dia) yang bilet dah tahu cerita ne, baba bilet yang bagitau. Hihi. Lastly, kena teriak oleh atuk bilet suruh diam sebab masa tu di kampung. Hua3, bocor rahsia bilet budak nakal.

    So, kenapa agaknya parents (terutamanya orang putih) bacakan bedtime story sebelum anak2 dorang tidur?


    • As A Sleeping Pill for Kids
    Ini komfomlah supaya dorang boleh nantuk cepat, bagi bilet lah kan masa bilet kecik2 dulu, selalu takut tidur sebelum orang lain tidur dulu, sebab kalau bilet terbangun sorang2 (warga rumah lain udah lelap) bilet terbayang macam2, ada muka aneh lah jenguk luar tingkap, ada benda putih lah terbang2 di dalam bilik (kalo casper tak pah gak). Itulah kiranya bedtime story ni mengajak budak2 tidur dibawah perhatian kita, where dorang lebih selesa dengan keadaan macam tuh.

    •  As A First Step Towards Reading
    Dengan membacakan bedtime story kita boleh merangsang kanak2 supaya turut membaca. Kan budak2 ni akan mengikuti pergerakan orang dewasa, lebih kepada copy and paste, tapi bagi dorang ni, copy and understand. Bak kata pepatah, bagaimana acuan begitulah kuehnya. Itupun syukurlah kalau ibu bapa rajin membaca, tapi kalau bilet ni minat membaca tuh hasil pengaruh persekitaran, dipupuk sendiri lah katakan. Hahaks.

    • Improve Child Literacy
    Washington: Reading a bedtime story to your child for
    20 minutes every night could improve his or her literacy
    by at least 10 school days a year, experts have said.

    Indian Edu News

    • Merapatkan ukhuwah
    Tak salah kan kalau kita sibuk tuh, malam2 luah kanlah masa ceritakan cerita agama atau tauladan kepada kanak2. Ukhuwah pun semakin terjalin dan tiap hari semakin sayang.  Barulah ada persepakatan namanya. Hidup pun makin mantap. Apa lagi nak cakap? Korang pandai2lah fikir sendiri. Hehe.


    Iklan Tidak Berbayar
    • Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia
    Diselanggara oleh Othman Puteh dan Aripin Said, sekarang tengah baca yang versi English, (eh, bukan buku ne ka yang muncul di iklan membaca budaya kita di tb masa ada ibu bapa dan budak gebu tuh pegi kedai buku?) Anyway, buku ne sesuai dijadikan bedtime story bab kebanyakannya warisan nenek moyang. Harga pun berpatutan sebab tebal dan jalan cerita memang best. Disusun sempena hari-hari tertentu contohnya Hari Guru dan Hari Kebangsaan. Sememangnya buku yang patut dimiliki oleh warga Malaysia!


    Sms 01 sen : Jom membaca jom!

    Sunday, April 18, 2010

    Shopaholic | How HOT can it be? My own path to be one of shopaholic!



    Salam, I know this is kind of strange because I never post something about this before, but since I accidentally watched and at the same time enjoying the Confession of a Shopaholic (baru tengok iklan dia) commercial, I think someday I will be one of shopaholic. Because I'm getting further into it now. I mean, daa, such as browsing about cool stuff in the internet, purses, clothing, GUCCI! Ohh, i think i will get worse than that.

    I just missed the all day long spending my time shopping and shopping and shopping for stuff when i was in Philippines, today, I keep wondering, W*H I'm doing there just spending my time just and just looking at branded stuff (which is more cheaper than our country branded things) than buy it. So now, in this space where i spend my time before my further study, i feel so desperate, no, I feel so regret because my mood of buying accessories at that time are not forcing me to buy it. But then, 2 weeks later i'll go to KM and live my own room.

     *Missoni Rope*













    And  my father will attending outstation again this Mei ( when i already in KM ), how sad is that? Haha, apa boleh buat dah nasiblah katakan. Kalau nak kirim dengan orang ni susah sebab orang tuh belum tentu tahu apa kriteria barang yang kita mahu. Perancangan paradigma bilet adalah mencari barang2 yang bilet nak dan print gambar dia untuk tunjukkan kepada baba bilet. Hik2, harap2 dia dapat belikan barang yang sesuai dengan pilihan hati bilet.

    Ini sengaja tarik perhatian peragut ni kalau pakai ni. Nauzubillah.

    Sms 15 sen : Ada sesiapa nak bagi tips ngan bilet? Hihi, baru berjinak-jinak dengan shopping, serius, dulu memang bukan kaki shopping.

    Last but not least, Jadilah Pengguna Bijak. ;)

    Paranormal | Siapakah perempuan berbaju putih itu?

    Salam, uits, lama dah tak update, ari ne jatuh ooh traffic tapi takperlah sekali sekala, sebab hari ini tiada idea, dah terbang dah semuanya susah nak pungut balik, ni pun idea entri ni hasil membaca gaya wawasan bilet dalam surat khabar baru (bukan lama keyh) New Sabah Times, pilihan baba bilet. Hahaks, apa sebenarnya bilet nak story ni? Oh ya. Kisah misteri seperti tajuk kat atas, siapakah perempuan berbaju putih itu? Tukang masak ker? Atau nurse yang kereta dia hilang ker? Atau bilet sendiri ni yang sesat cari idea? (tapi kelmarin bilet duduk rumah jer, mustahil)



    Ektully(sorie, salah eja), cerita dia begini. 11.30 a.m kelmarin bertempatkan di LAHAD DATU, ada trak yang kemalangan, dont wury babeh, pemandu dia masih selamat thats why ada cerita ni. Masa dia syok2 pandu trak (kelajuan sederhana), tiba2 dia ternampak sorang perempuan memakai baju serba putih gitu kat tengah jalan raya. Apa lagi si pemandu ni, akibat panik terlampau tahap dewa lantas tak keruan memegang stering kereta yang membuatkan dia terbabas si tepi jalan raya. Beberapa kenderaan yang lalu segera memberikan pertolongan, sangkakan mereka lelaki tuh overshocked tapi rupa2 nya masih waras sebab dia kesakitan masa kena tarik dari trak dia tuh.

    Lain saksi yang nampak, dia kata, trak tuh sempat ZIG ZAG lagi kat tengah jalan raya tuh, tapi teda pula dia nampak perempuan baju putih itu berdiri di tengah-tengah jalan raya. Sementara tuh, polis sedang mencari kalau2 ada terjumpa mayat atau perempuan hidupkah berada disekitar kawasan tuh, tapi ngak ada dong. Aik, kepelikan mula terjadi disini. Apa boleh buat, berserah lah kepada Allah, semua tuh di bawah kuasa Nya dan tak akan terjawab melalui intuisi manusia.

    Wee, bilet suka crita-crita begini ni. (Paranormal dan misteri memang bidang yang bilet pro, aiseh, ada hati begitu, bonges sungguh cita-citaku, hahaks). Malam ni nak layan Ghost Town di HBO dan ada satu crita di NTV7 pukul 8.30 tadi.


    Saturday, April 17, 2010

    Syoknya buang tabiat di dalam blog.

    Salam,
    Hari itu aku bermimpi, mimpi yang tak ku jumpa di mana-mana, mimpi yang pelik dan dsentiasa ditambahkan kepelikannya, sedar2 ku dari tidur yang tak panjang dan tak pendek aku berada disebuah tempat yang nun indah sentiasa, aku bangun dan dapat ku rasa udara yang segar bak kata pepatah zaman aku sendiri, bagaikan berada di aisbox yang terletak ditengah-tengah antartika. 



    Dengan semangat curiosity dibekalkan lagi dengan ketidakmatangan ku, aku berjalan dari pokok ke pokok (memandangkan masa itu aku bangun sebagai pontianak berambut perang, aku rasa memang ada kuasa untuk terbang, dan memang betul pun). Aku tahu akan kisah2 ngeri pontianak meminta tolong akibat rambut mereka tersangkut, aku sudah mengambil langkah drastik mencukur rambutku sampai botak agar aku tidak merasa 'keberatannya'. Barulah dengan girangnya aku dapat berfoya-foya di Wonderland (bukan nama sebenar). 


    Akhirnya aku menjumpai pelbagai manusia yang berlainan warna dan rupa. Biarpun di dalam hatiku takut, aku berjalan juga mendekati mereka, sedangkan dalam hati sungguh aku tak pasti adakah mereka akan menerimaku atau membuangku. Itu adalah keputusanku, dan keputusan tetap keputusan, akhirnya aku menyertai geng mereka yang dinamakan Geng Karat(aku tidak pasti nama sebenar geng ini).



    Bersambung..

    Friday, April 16, 2010

    Impian Manusia | I'm a BIG girl, with a BIGGER dream.

    Salam, sebelum apa2. Senyum dulu.

    Sapa, yang kurang idea jangan jadik macam sumandak kat atas tuh, hik2, bleh rujuk [SINI] key. Aching!

    My Big Dream, weewit. bukan sengaja tau tulis2 ne kat blog, nak pahat kat dalam hati ne hah supaya berusaha, memang kadang2 apa yang kita dreamkan tuh tak semuanya menjadi, tapi biarlah kita set minda ke arah tuh, ehehe.

    • Bilet nak buka farmasi sendiri
    Ini memang cita-cita semenjak form 4. eheheks, tyme form one lain, nak jadi saintis, tapi semenjak baba bilet selalu bawa pergi farmasi suka betul bilet gi farmasi. Macam nak rambang mata jak amik ubat-ubat disana (silap2 ambil, dapat ubat perancang) hahaks, siot. Jadi ahli farmasi dah kira macam artis gak tuh. (ops, bukan nak kepopulariti ah, nak tolong org laen lah).

    • Bilet nak cipta penyembur special
    Ini memang sains lah, sedangkan petani pun boleh cipta benda hebat, inikan diri bilet yang memang tahap cipan ne. Banyak ilmu nak dituntut ooh untuk merealisasikan cita-cita yang ini. Idea nak cipta penyembur ne sebenarnya datang apabila kucing bilet 'membuang' di merata tempat. Fantashiru fil ardh (bertebaran di dunia) lah katakan, aching!. Tulah nak cipta yang ini kan, dalam imaginasi bilet lah kan, bila kucing tuh melakukan 'kerja' mereka, bilet nak spray jer kasih lebur tuh sisa2 suma. Tak payah lah susah2 nak mop. Kesian mak bilet (atas sebab melakukan kerja2 mopping sebab anak dara permalas, takde gune punye anak, terasa gue, hahaks).


    • Bilet nak ada library yang besar punyer dalam rumah.
    Sekarang tengah menabung lah ne, kan nak buat rumah bawah tanah (abislah paip2 bawah tanah patah2 kena jentera) hik2. Wee, nanti rambang mata jak lah ambil buku mana satu yang nak di baca. Aku memandang buku seperti benda yang hidup, seorang penglipur di kala lara, seorang sahabat yang sentiasa setia, sumer yang sentiasa memberi, dan kehidupan yang sentiasa bernafas.

    Ya Allah, perkenankanlah cita-citaku ini. Amiin. INGAT! Bukan mudah mencapai bintang di angkasa, setting niat menjunjung amanahNya. Bukan berlagak dan bukan setakat memasang angan-angan, perjalanan masih jauh, jika bukan hari ini, bila lagi? Muahahaks. THANK YOU baca dari atas sampai bawah. Apa impian anda? Seh, cam HOST TV3 ne tanya2 begitu. hihi.

    Thursday, April 15, 2010

    Kedatangan hujan berkat di pagi Jumaat. Syukurku padaNya.

    Salam, dipagi jumaat yang penuh keberkatan ni. Alhamdulillah hari ni rekod paling awal bangun pagi, dah lah semalam tak update blog, visitor pun kurang abis ne. hahaks, nanti korang bilet kejar. Bangun jer subuh tadi, pas baca AQ trus amek endset cek KM, kui2, alhamdulillah berjaya gak masuk, 10 mei ni off pergi labuan, yay!

    Hurm baba bilet tadi ada tanya, nak masuk KM ke nak masuk maktab, kalau bleh nak jadi guru, senang kerja dan ada gak masa berblogging, muahahaks. Tapi sayang kalau tak ke KM sebab dah dapat yang setahun punya. Lagipun bilet ada cita2 yang bernas sekali selaku budak yang masih mentah. Bak kata bilet sendiri, i'm a little girl with aaaa big dreams and beautiful nightmares. Hahaks. Aching! Hui, lama dah tulis perkataan tuh.

    Kelmarin menghadiri big event kat skolah, dapat hadiah buku Pandai Berfikir karya Ainon Mohd Abdullah Hassan, macam ku pernah dengar namanya. Tapi tak kenal, apapun gembira dan bersyukurlah sebab dapat buku. Yay! Okey sekarang siapa mau donate untuk library bilet? Seh, ada hati begitu. Tapi buku ni bilet tengok aje pun dah jatuh sayang, tapi banyak lagi buku yang belum dibaca. (cadang nak amik photo untuk buku2 yang lum baca, tapi kamera abis bateri daa, adess)



    Check email tadi, POPULAR celebrates World Book Day. Yay! Sungguh hari yang begitu mengindahkan.




    Sorie, penutup kurang meberansangkan, tiba2 mati idea baba bilet tepon. ARGGGH!! Stresssssssss!

    Wednesday, April 14, 2010

    Teen Cribs | Aku lebih rela buat rumah bawah tanah.

    Salam, nak tanya sepa sini suka tengok MTV Chanel? Bilet sebenarnya tak berapa, tetapi oleh kerana semangat curiosity dan ketidakkematangan bilet ne, bilet tengok dan follow certain dari program dia. Memang info mantap ooh show dia dan pada masa yang sama menjeleskan. Ada dua show yang bilet follow sebab fuyoo first tyme tengok memang meleleh air liur ooh, nasib tak puasa hari tuh. Hahaks.

    Ini SHOW tentang dokumentari bilet nanti akan ditayangkan di MTV. <Bilet tipu jak wokey.


     
     
    SHOW ne memang mantaplah, memang tabik sama producer, sebab menyiarkan kediaman remaja yang hidup mewah dan kaya raya, memang properties dalam tuh mantap hebat. Bayangkan dalam rumah siap ada elevator dan own home theather, ada gym sendiri, dan bilik rahsia. Memang siot gilalah, dah jadi macam asrama dah tuh. Well kanak2 jutawan lah katakan. Bilet pun berangan juga nak umah macam begitu, dahlah besar, ada elevator, luas plak tuh, nak kumpul duit konon dari sekarang supaya besar nanti dapat bina bukan lagi rumah, istana yang BESAR PUNYER
     
    Tapi kan terfikir gak, memang sadis ooh bayar bil air, elektrik, tepon, amah memasak sumer, jadi bilet putuskan untuk tanam cita-cita buat rumah bawah tanah, lampu jana guna kunang2 yang boleh menyala tuh, atau bilet beli jer permainan Glow In The Dark tuh tempek kat dinding, lagi jimat tervavoom. Hik2. < Ketaralah karit. Pastu2 tanam ladang tempe atas umah. Ehehe
     
     

    Somebody tolong kasi tau bilet berapa harga tape 
    Glow In The Dark untuk buat bajet bilik bawah tanah nanti.

    Ya Bilet! Chayo2!

    Next show nantilah bilet cerita key, nak tido awal lorr. 
    Ada agenda penting esok arie dari pagi hingga ke petang. Adehh. Gud Nyte. :)

    Tuesday, April 13, 2010

    Jadi malam ini aku bayar hutang?

    Salam, tak baik utang keliling pinggang, sebelum utang lebih banyak baik bayar. Kata orang tak baik bawa masuk utang dalam kubur. Innalillah dan nauzubillah. :)

    HUTANG PERTAMA 
    Pemungut hutang : Hazzy Superb

    Syarat²

    1. Selongkar beg anda, tak kisah la beg duit ke, beg tangan ke, beg bimbit ke. I don't care.
    2. Ambil gambar barang² dan tagkan barang tersebut.
    3. Ceritakan serba sedikit kenapa anda perlukan barang itu berada dalam beg setiap hari setiap masa.
    4. Akhir sekali, tag 5 orang. 

    Hutang CASH :

    1.  Mini Beg. sesuai untuk dibawa ke mana sahaja. Senang dan ringan dan TRULY Pocketsize. Sebenarnya bag tuh free.
    2. Mascara. Selalu bawa tapi tak selalu pakai, kadang2 sahaja. Pakai sebab takde bulu mata.
    3. Lip Bam. Bibir selalu kering ooh, kurang minum air.
    4. Celak Arab. Suka sebab tak bikin nantuk, cubalah. Kui2. Betul ne teori.
    5. Minyak Wangi. Supaya kekal wangi walau dimana jua anda berada.
    6. Sikat Bulu Mata. Bawa untuk sisir bulu mata. Sebenarnya baru patah dengan mascara yang satu lagi.
    7. Keronsang Berani Mati. Banyak kegunaan, masa emergency kerongsang tercabut, dan pencungkil gigi, dan pengurik kuku. <Okey bilet tipu jangan percaya.


    HUTANG KEDUA
    Wakil Ah Long : Zaimah Zul


    Rules: It’s harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag five people. Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real, nothing made up! IF the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any words twice and you can’t use your name for the boy/girl name question.

    Bayar Pakai Cek :

    What is your name? : Billetdoux
     

    A four Letter Word : Bola. Hik2, fikiran tak matang betul.

    A boy’s Name : Bean Moreno Hahaks, jutawan sutera dari Malaysia.

    A girl’s Name : Baby Kui2, cuba teka sepa?


    An occupation : Blogger berjaya. Kui2, ameen. InsyaAllah.

    A color : Biloba Flower. Purple sampai mati.

    Something you’ll wear : Boots. Mau pakai!

    A type of food : Bilis digoreng bersama tempe dan cili padi resepi Auntie Ina KL.

    Something found in the bathroom : Baldi. Hahaks.

    A place : Beubaxton. Sekolah dalam Harry Potter, hehe. Tempat gak tuh kan?




    A reason for being late : Bil elektrik belum bayar.


    Something you’d shout : BENGONG!

    A movie title : Bilet The Beautiful. Boleh beli online di eBay.

    Something you drink : Berkabonat Drink. Such as pepsy, cola and banyak lagi.

    A musical group : Bilet Band. Boleh dengar lagu dia di Youtube.com

    An animal : Bulu Ulat! Eawww, seh, hehe.

    A type of car : Okey ini surrender, tak tahu. huhu.

    A type of fruit : Bambangan! Love bila dijeruk. Hehe.



    Siapa nak jawab, copy+paste  ker dipersilakan. :) Kalau tiada idea nak buat entri lagilah digalakkan. Hehe.

      Monday, April 12, 2010

      Siapa mahu Bookmark Mudah Alih dan Pendrive Invisble 2GB Secara FREE?

      Salam,
      Mungkin banyak yang dah tahu mungkin juga ada yang belum tahu. Tak apa, hari ini bilet nak kongsikan aplikasi Bookmark Mudah Alih  dan Pendrive Invisible 2GB secara free, syaratnya, kita hanya memerlukan talian yang boleh akses browsing internet. Hanya semudah itu sahaja, mudah bukan. Jangan lupa berterima kasih kepada internet, connecting people di mana jua kita berada.

      Idea ni muncul inspirasi daripada bro Aus yang bertanyakan tentang : 

      Jadi oleh itu, untuk pemilik dan pengembara di dalam blog ini. Baik bilet kongsi pembelajaran secara tak sengaja bilet demi manfaat bersama.Thank you bro Aus bagi idea wat entri. Hihi.

      Delicious.com
      • Aplikasi ini sama macam bookmark yang selalu kita buat masa browse, tujuan dia supaya kita tidak kehilangan jejak sesuatu website sama ada alamat dia terlalu panjang susah nak ingat atau saja nak bookmark sesuatu website tu. Apa yang menariknya, bila kita bookmark di Delicious.com (social bookmarking website) maksudnya kita bookmark secara online, jadi kita boleh buka apa yang kita bookmark tu di mana-mana sahaja kita berada. Selain tu kita bukan setakat menyimpan bookmark kita malah kita boleh share bookmark orang lain and begitu juga orang lain boleh share bookmark dengan kita.
      • Selain tu, bilet juga guna Plugin untuk Firefox (Browser yg bilet guna sekarang) untuk menyenangkan perjalanan online Bilet. Sila rujuk print screen di bawah.
      Kalau tak nampak sila besarkan okey. :)
      • Feature untuk Plugin di Firefox (which available also untuk mana2 browser yang anda guna, boleh check [SINI] ) : Bookmark List Delicious di tab Firefox (yang di border hitam) sering bertukar-tukar mengikut keadaan terpulang kepada bookmark kita yang most di visit, tapi bagi bookmark tool di Firefox (yang di border merah) dia kekal, dan hanya akan berubah bila kita yang ubah dia.
      • Jawapan kepada pertanyaan Aus : Link2 yang banyak2 tuh adalah bookmark yang pengguna lain kongsi. Jadi kita boleh tengok apa yang dorang bookmark dan kita pun boleh kongsi apa yang kita bookmark. Masih sengal ka lagi? Hehe.
       Dropbox.com
      • "Oh No! Pendrive tinggal di rumah lah, macam mana nak buat kerja ni?" Situasi ni seringkali berlaku sekiranya kita ni seorang pelupa, lepas tu kena marah boss. Wee, trus masam mencuka sehari. Kini tidak lagi sekiranya kita menggunakan Dropbox. Sebab kita boleh masukkan apa sahaja file yang kita boleh simpan online. Lagu kah, word kah, video ka, semua boleh. Dan keluasan dia 2GB, fuyoo banyak tuh...dan... kita boleh buka file yang kita simpan online dimana-mana sahaja kita berada.
      • Fungsi dia memang sama macam pendrive. Cuma ini tiada badan sebab semua disimpan di dalam web. Tools dia ada dua. First kita boleh install pegi komp kita sendiri (Wondows, Linux, Mac), atau bila masuk jak Home kita di Dropbox, automatik files yang kita save akan keluar di sana.
       Klik untuk tumbesaran sihat. Ini print screen untuk website dia.
      Untuk Dropbox yang telah di installkan dalam komp.

      • Nak Pendrive Free kan? Daftar [SINI] sekiranya bilet sebagai refferal kamu. Bleh dapat 250MB kalau refer kawan. hehe.

      Sms 01 sen : Bilet guna Delicious sebab kalau bookmark di dalam komp dia banyak makan space, bilet ne kaki bookmark, mana web yang best terus bookmark. Hihi. Boleh pegi [sini] untuk tengok bookmark bilet. Kui2. Jangan terkejut key.
      Panggilan 15 sen : Satu lagi, kepada bro Aus Melankolik dan Violet VC yang ada tanya macam mana bilet guna text box/ quote block(seperti yang bilet pakai sekarang bleh rujuk Blogger Buster (Customize your Quote Block)