Pilihlah mana satu best.

syok (42) me (26) layan (23) contest (21) cerita (18) cute (15) bukan aku (13) blog (12) sharing do caring (12) ilmu (10) review (9) dunia (8) pelik (8) islamic (6) tag (6) teladan (6) entah (5) komuniti (5) puisi (5) snapshot (5) books (4) gadis_stuff (4) movie (4) nuffnang (4) paint.net (4) philippinos (4) project alpha (4) terjah (4) baca (3) blog technology (3) followers (3) lukis (3) parenting (3) sedih (3) abphb (2) english (2) free (2) gadget (2) kami blogger (2) koreanfreak (2) magic (2) paranormal (2) rancak.org (2) shopaholic (2) shopping (2) teenager (2) tips (2) to do (2) Huda (1) Jimmy Choo (1) Katy Perry (1) Shine (1) accessories (1) allykatzz (1) birthday (1) bola (1) brand (1) chris brown (1) credits (1) earth hour (1) earthhour (1) episodes (1) facebook (1) games (1) ghost adventure (1) ghost hunter (1) ghost town (1) girl (1) gucci (1) hati (1) log in (1) lyrics (1) millionare (1) mtv (1) murah (1) page rank (1) petpetpark.com (1) plugin (1) sajak (1) saying (1) scrapbooking (1) sean kingston (1) server maintance (1) spm (1) sweet 16 (1) tazkirah (1) teen crib (1) trend (1) tweet (1) twitter (1) video (1) youthsays (1)

A LittLe To KnoW

Followers

Tuesday, April 6, 2010

Watch Online | 5 animated movies yang masih berbaloi meskipun ditonton lebih dari sekali.

Salam. Cadang nak letak tagline berbaloi-baloi tapi lupa siapa yang mulakan tagline tu. Hahaks. Tak apalah, sekurang-kurangnya tak juga berbaloi-baloi tuh popular hari ini.  Kui3. Eh, hari ini ada Project Alpha Launch kan? Kirim salam jer ya dengan yang lain, nun bilet jauh di borneo mestilah tak dapat datang, comform jelous okeyh, next time ajalah datang bila Sifu Bean sponsor tambang ulang alik pergi semenanjung. Ups, tak tanggung siapa tersedak selepas ni. Eherm, hari ni nak bagi review 5 movie animasi yang memang berbaloi untuk ditonton banyak kali. Walaupun dia cartoon, tapi memang orang dewasa yang banyak layan pasal ni kan. Tak ada maknanya korang nak sembunyi malu-malu begitu. Hihi. 


 
  • Finding Nemo

Setiap sudut cerita ni mempunyai keunikan dan kehebatannya yang sendiri. Bagi golongan kanak-kanak ribena yang comel mahupun yang tak comel macam bilet ne akan ketawa terkekek-kekek<apa ne? bila menonton. Tapi dari sudut pengajaran sememangnya orang dewasalah yang belajar lebih. Memang sesuai ditonton bila sahaja mood dah hilang. Up Mood kembalilah katakan.

  • Ratatouille




Kisah yang berpakat dengan imaginasi bagi memajukan diri sendiri dalam dunia realiti. Menunjukkan bahawa kitalah menentukan dimana tempat yang sepatutnya kita berada. Favourite quote dia yang bilet suka ialah "not everyone has the talent, but talent can come from anywhere. Bukan hanya kelakar yang sering kita tertawa apabila melihat gambar bergerak ini, tetapi mesej yang disampaikan mempunyai impaknya yang tersendiri.

  • Wall-E


Kisah cinta dramatik plus romantik, best dan character dia memang cute. Sentuhan jalan cerita dia memang menarik. Cerita dia lebih banyak bab senyap dari yang bilet sangkakan, membuatkan kita lebih mendalami apa yang disampaikan, sebab kebanyakanya body language dan kecerdikan penyampaian yang memanipulasi animasi ni. Menyedarkan kita tamadun manusia bersama teknologi hanya akan menjadikan diri kita malas. Poing! Terasa bilet yang duduk depan komputer ni. Korang terasa? Kekeke. 


  • Kung Fu Panda






~Wee, believe in yourself. Animasi ni memang banyak mendorong bilet untuk terus hidup, cheh, kononlah. Tapi memang jalan cerita dia best dan menarik, sungguh sekali tidak buang masa melihat cerita ni berulang kali. Memang entertaintment dia di bahagian cerita, mempertengahkan<okey tak pasti ni bm ka tak, jangan masukkan dalam karangan key nilai-nilai murni orang Asia, seperti menghormati ibu bapa dan guru disamping seni kareografi fighting yang menarik dan bagus untuk dipelajari. Wachaa! Dan pada masa yang sama menyindir juga. Hihi.


  •   Meet The Robinsons



Walt Disney memang yang terbaik! Satu lagi cerita best yang berunsur sci-fi dan imaginasi. Kegagalan masa kini adalah satu jalan untuk bergerak lebih kehadapan. Suka masa part si Lewis gagal buat Peanut Butter machine di keluarga Robinson, keluarga tu tidak marah dia tapi dorang meraikan. Wah masa tu, semangat berbunga-bunga, buat bilet tertanya-tanya, kenapa kita mesti marah atau bersedih atas kesilapan atau kegagalan yang kita hadapi, sedangkan masa kita menangis boleh digantikan dengan memikirkan jalan penyelesaian. Wallahualam, fikir-fikirlah sendiri.



Akhir kata, selamat menonton! :)
Pautan:


Sms 01 sen : Apa animasi pilihan atau kegemaran korang?

21 comments:

Hazzy Ishak said...

Shrek shrek shrek
haha
sebab anak sedara ulang kali tgk movie ni, jd terpaksa tengok jugak

& cerita barbie

;))

NiZaM said...

From my humble opinion. the best animated movie ever adalah A Bug's Life. cerita tentang kehidupan. lawak pon bleh tahan. mmg terbaek la..

nasikputeh said...

rasenye most of animasi mmg best. xrugi tgk sbb lawak nye educated..

shrek mmg terbaik~

yg u list kat atas tu pon mmg best kecuali finding nemo i xpena tgk..

embun d tengah malam said...

kung fu panda...best2..i like

Mr feckry said...

wah sumer citer ni gua belum layan lagi

iema_z said...

aq suke semua yg kau tnjuk...hhaha!

Eqah Zaque Billetdoux said...

@nasikputeh

tengoklah finding nemo. lawak tuh. hihi

Eqah Zaque Billetdoux said...

@NiZaM

a bug's life. ya. best. :)

Eqah Zaque Billetdoux said...

@Hazzy Ishak

shrek pun best gak. lawak. hihi

Eqah Zaque Billetdoux said...

@Mr feckry

wah mr feckry, apa yng mr layan?

Eqah Zaque Billetdoux said...

@iema_z

kita serupa babe. hihi

Eqah Zaque Billetdoux said...

@embun d tengah malam

me too! believe. hehe

Aus MeLankoLik said...

hahahak , tgk matun bilet .
aku suke tgk tom n jerry je . yg lain x minat , hahahak ..

eh , bilet . ajar buat text box tu bilet . hahaha

violet VC said...

aah...ajar me wat text box jugak :p

violet VC said...

suke tgk wall e and ratatouille....

wall-e memg chumel ar =))

Eqah Zaque Billetdoux said...

@Aus MeLankoLik

iya ke tom and jerry jak. hahaks.
kalo tgk muka bro macam suka tgk katun ne. kui2


@violet VC

ya! bilet pun! suka, balik2 bilet tgk


sudah bilet penuhkan shoutbox korang. Kui2. Tak tau napa dia mencul panjang2. Sowie.. hihi.

akey87 said...

WALL-EEEEEEEEEEEEEEEEEEEE....

cerita yang sugguh romantis..wakaka..

ツbieaz@bie Azreenaツ said...

Xrasa bosan nonton cerita cartoon balik2 hehehe

finding neno best...=D

Eqah Zaque Billetdoux said...

@ツbieaz@bie Azreenaツ

sokong! sumanya berinspirasi tinggi begitu. :)

Eqah Zaque Billetdoux said...

@akey87

kui2. romantik abis dan menyayat hati tul. hehe

sera said...

kung fu panda is d best ! HAHA

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

Post a Comment