Adakalanya apa yang kita kehendaki apabila difikirkan balik kita tak dapat menanggungnya. Kita berusaha untuk jadi yang terbaik namun bukan yang terbaik itu yang kita banggakan. Di dalam hati kita kita hanya mahukan titik peluh kita dihargai. Barulah manusia tahu kewujudan kita dibumi ini.
Kita seringkali pandang benda indah dihadapan mata kita dan mencapainya, adakala terlalu mudah bagai melepas batu ditangga, kenapa mesti tangga agaknya? atau semakin susah bagaikan batuk tak habis akibat tersekat kahak. Dan adakalanya kita terlalu mudah berputus asa hinggakan memutuskan untuk berundur diri.
Pernahkah mereka yang membuat keputusan sendiri sedar bahawa mereka sebenarnya tiada penyokong? Namun masih meneruskan akibat pembuakan rasa. Hidup memang payah untuk membuat pilihan. Jangan sampai pilihan menelan dan membaham. Cukuplah dia senyum dan meninggalkan. Saat itu kita diberi masa untuk memilih lagi diantara pilihan yang ada.
2 comments:
em , kenapa ni bilet ???
kau ok ke ??
@Aus MeLankoLik
tak. menulis ne tyme pening kepala. tu macam entri takde matlamat. kui2
Post a Comment