Hari itu aku bermimpi, mimpi yang tak ku jumpa di mana-mana, mimpi yang pelik dan dsentiasa ditambahkan kepelikannya, sedar2 ku dari tidur yang tak panjang dan tak pendek aku berada disebuah tempat yang nun indah sentiasa, aku bangun dan dapat ku rasa udara yang segar bak kata pepatah zaman aku sendiri, bagaikan berada di aisbox yang terletak ditengah-tengah antartika.
Dengan semangat curiosity dibekalkan lagi dengan ketidakmatangan ku, aku berjalan dari pokok ke pokok (memandangkan masa itu aku bangun sebagai pontianak berambut perang, aku rasa memang ada kuasa untuk terbang, dan memang betul pun). Aku tahu akan kisah2 ngeri pontianak meminta tolong akibat rambut mereka tersangkut, aku sudah mengambil langkah drastik mencukur rambutku sampai botak agar aku tidak merasa 'keberatannya'. Barulah dengan girangnya aku dapat berfoya-foya di Wonderland (bukan nama sebenar).
Akhirnya aku menjumpai pelbagai manusia yang berlainan warna dan rupa. Biarpun di dalam hatiku takut, aku berjalan juga mendekati mereka, sedangkan dalam hati sungguh aku tak pasti adakah mereka akan menerimaku atau membuangku. Itu adalah keputusanku, dan keputusan tetap keputusan, akhirnya aku menyertai geng mereka yang dinamakan Geng Karat(aku tidak pasti nama sebenar geng ini).
Bersambung..
14 comments:
dasyat ni..geng karat lagi tu..heheheh
huh! cte billet mcm menarik jer? ha! dpt idea nk smbung cte sy... hehe
@NICK IRFAN
kui2. bagus2. truskan2.
@embun d tengah malam
Tengah buntu ne. huhu.
Fuh, nasib baik geng karat..klu geng kapak tadi tak taulah Arm..
geng karat pon karat la an..
layan~ :D
@ked :)
ya. layan jak. hihi
@Mr Kamikaze
itu pelakon. hahaks.
adoiii...xsabar nk bace sambungn
sayer salah seorang geng karat itu :p
sayer salah seorang geng karat itu :p
@White Bird
ya. kita lah tuh. hihi.
@Halizayana
InsyaALlah. kalo bilet ada idea. hihi.
mimpi betul ke angan2 nih? :)
Post a Comment